Terma Penggunaan
Dikemas kini 5 September 2026
Terma ini terpakai bagi tempahan dengan Pixel Kaler Enterprise, dan bagi penggunaan laman web ini.
1. Sebut harga
Sebut harga sah selama 14 hari dari tarikhnya. Harga dalam Ringgit Malaysia dan, melainkan dinyatakan sebaliknya, tidak termasuk penghantaran.
2. Deposit dan pengeluaran
Pengeluaran bermula setelah deposit diterima dan artwork disahkan. Deposit standard ialah 50% daripada jumlah tempahan. Baki perlu dijelaskan sebelum penghantaran.
3. Artwork
Anda mengesahkan bahawa artwork yang dihantar adalah milik anda, atau anda mempunyai kebenaran menggunakannya. Kami sediakan mockup untuk pengesahan anda; setelah anda sahkan, fail dikunci dan cetakan diteruskan dari versi itu. Perubahan selepas pengesahan mungkin dikenakan caj.
4. Toleransi kuantiti
Cetakan pada cup menghasilkan sedikit reject. Kami menghantar kuantiti yang ditempah; jika kekurangan tidak dapat dielakkan kami akan maklumkan sebelum penghantaran dan laraskan invois.
5. Penghantaran
Tempoh siap biasa ialah 3-5 hari bekerja dari pengesahan artwork dan deposit. Masa kurier di luar kawalan kami dan merupakan anggaran, bukan jaminan.
6. Pembatalan
Tempahan boleh dibatalkan sebelum cetakan bermula; deposit menampung bahan dan persediaan yang telah dikomitmen dan mungkin tidak dikembalikan sepenuhnya. Setelah cetakan bermula, tempahan tidak boleh dibatalkan.
7. Aduan
Maklumkan kepada kami dalam 7 hari selepas penghantaran jika ada masalah dengan cetakan atau kiraan, berserta gambar. Kami akan ganti atau bayar balik bahagian yang terjejas.
8. Undang-undang
Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.